Gigi adalah suatu aset penting dalam hidup manusia. Dengannya lah kita dapat menyebut sesuatu perkataan dengan jelas, makan serta minum sepanjang hidup kita. Oleh itu amatlah penting bagi kita semua untuk mengenali gigi kita dengan lebih jelas lagi. Secara umumnya, kegigian manusia terbahagi kepada 2 jenis/2 set iaitu
a) kegigian primer/desidus(gigi susu)
-set gigi berjumlah 20 batang gigi
-tumbuh pada peringkat umur kanak-kanak seawal 6 bulan
-relatifnya lebih kecil dan warnanya lebih putih berbanding gigi kekal
-akan digantikan oleh gigi kekal sekiranya rosak/dicabut
b) kegigian sekunder (gigi kekal)
-set gigi berjumlah 32 batang gigi
-mulai tumbuh seawal usia 6tahun
-relatifnya lebih besar dan warnanya sedikit kekuningan berbanding gigi susu
-tiada pengganti sekiranya rosak/dicabut
Baiklah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Kita akan kenal dengan lebih lanjut lagi mengenai jenis-jenis gigi dan strukturnya dalan entri akan datang. sebarang masalah bolelah dikemukan di bawah. Insyaalah saya akan cuba menjawab soalan anda sebaik mungkin...
No comments:
Post a Comment