Friday, May 20, 2011

kenali gigi anda



Gigi adalah suatu aset penting dalam hidup manusia. Dengannya lah kita dapat menyebut sesuatu perkataan dengan jelas, makan serta minum sepanjang hidup kita. Oleh itu amatlah penting bagi kita semua untuk mengenali gigi kita dengan lebih jelas lagi. Secara umumnya, kegigian manusia terbahagi kepada 2 jenis/2 set iaitu


a) kegigian primer/desidus(gigi susu)
-set gigi berjumlah 20 batang gigi
-tumbuh pada peringkat umur kanak-kanak seawal 6 bulan
-relatifnya lebih kecil dan warnanya lebih putih berbanding gigi kekal
-akan digantikan oleh gigi kekal sekiranya rosak/dicabut





b) kegigian sekunder (gigi kekal)
-set gigi berjumlah 32 batang gigi
-mulai tumbuh seawal usia 6tahun
-relatifnya lebih besar dan warnanya sedikit kekuningan berbanding gigi susu
-tiada pengganti sekiranya rosak/dicabut

Baiklah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Kita akan kenal dengan lebih lanjut lagi mengenai jenis-jenis gigi dan strukturnya dalan entri akan datang. sebarang masalah bolelah dikemukan di bawah. Insyaalah saya akan cuba menjawab soalan anda sebaik mungkin...

Friday, January 14, 2011

T1: menjaga laptop anda

Salam semua, saya pasti anda masih ramai di antara anda yang mempunyai komputer riba atau orang london memanggilnya laptop aka lappy (ade ke??) haha. Even sekarang ni pun anda mungkin membaca entri ni dr laptop kan... Apepun entri kali ini akan memberikan tips-tips penjagaan laptop yang boleh anda amalkan supaya laptop anda tahan lebih lama dan sentiasa kelihatan baru k..

1- Elakkan laptop anda dari berdebu dan berhabuk terutamanya pada bhg screen. Bukan sahaja nampak buruk malahan debu pada skrin boleh menyebabkan scratch aka calar sekiranya tidak dibersihkan dengan cara yang betul. Debu dan habuk juga boleh merosakkan motherboard laptop anda sendiri. The moral of the story is jangan malas ye nak bersihkan debu dan habuk dari laptop anda

2- Pastikan ada ruang antara laptop dan permukaan alasnya supaya haba yang terhasil dapat bebas dan suhu laptop anda terkawal

3- Anda boleh menggunakan cooler pad sebagai langkah tambahan untuk sejukkan laptop selain fan yang sedia ada

4- Pastikan sumber letrik adalah dari bateri atau sambungan terus ke plak elektik sahaja tapi bukan kedua-duanya skali dalm satu masa. Ini boleh memanjangkan hayat bateri anda

5- Elakkan letak minuman dekat laptop anda. Kalau tumpah, pasti anda menangis tak berlagu.

Sekian, adiosss....

Thursday, January 13, 2011

hatch!!! oh my litte lovely blog

I'm gladly declared that my blogging act will commence now....yes....now... but what is it about??? wait till next post k guys. adios...